Thursday, 4 June 2009

AYAHNYA NAK KAHWIN LAGI

Kesian dia. Termenung berhari-hari.

Bila ditanya dia berdiam diri. Bila didesak barulah dia bersuara. Katanya, ayahnya nak kawin lagi.

Baguslah, balasku.

Bagus apenyer. Dia macam tak suka.

Rupa-rupanya ayah dia nak kawin dia gadis muda. Baru berusia 19 tahun.

Dia pula berusia 23 tahun.

Isteri muda ayahnya. Dia nak panggil apa? Auntie? Mami? Mama? Makcik? Semuanya menggelikan.

Dia bingung. Kesian dia..!

Thursday, 23 April 2009

TUMPANG GLAMOUR BINTANG ORANG LAIN..?

Bintang RTM lebih mampu melahirkan penyanyi2 yang lebih berkualiti berbanding beberapa program pertandingan nyanyian lain yang dianjurkan stesen2 TV tempatan.

Tetapi kelahiran Bintang RTM juga hanya seketika. Selepas itu lenyap tanpa khabar berita.

RTM yang bertanggungjawab melahir bintang2 itu pun mungkin tak ada cara untuk melihat bintang2 itu terus bersinar. Setiap kali di rancangan hiburan atau lain2, RTM lebih suka menghargai bintang2 yang dilahirkan oleh stesen TV lain. Kenapa ya..?

Kenapa RTM tak hargai bintang2 kelahirannya sendiri?. Sebab tak glamour macam bintang2 realiti lain?

Apakah maknanya jika RTM selalu berbangga dengan bintang2 yang dihasilkannya, kononnya dinilai oleh juri2 profesional. Dan dalam forum Fenomeni Seni (RTM) pula beberapa kali dijemput ahli bahas untuk berbincang dengan menghebah-hebahkan rendahnya nilai artis2 yang dilahirkan dari program realiti. Namun dalam masa sama, artis2 dari program realiti itu juga yang kerap memenuhi program hiburan di RTM.

Sepatutnya RTM sediakan satu program hiburan yang memberikan peluang kepada juara2 Bintang RTM serta pemenang2 di tempat kedua dan ketiga mengembangkan terus bakat mereka. Dan jika ada sesuatu program yang memerlukan pengacara, harus juga bintang2 itu dijemput untuk menguji bakat. Sesiapa yang berbakat harus diberi peluang, daripada asyik menumpang populariti artis 'kelahiran' TV lain dengan diberi peluang secara mudah kepada mereka.

Kenapa kita tidak belajar menghargai hak sendiri daripada menumpang glamour hak orang lain yang sering kita tidak menilai cara kemenangan mereka.

Biarlah bikin sebagaimana yang dicakap.

Friday, 17 April 2009

ALAHAI... CIKGU AF

Cikgu Arif AF7 merajuk..?

Alahai cikgu... janganlah sensitif sangat. Melayan karenah anak-anak muda kenalah banyak bersabar.

Cikgu Arif rasa macam tak dihargai bila dia mengajar, pelajar-pelajar tak berikan perhatian.

Kata Cikgu Arif, suruh buat 100 kali pun, masih tak menjadi.

Cikgu kenalah faham. Masa Cikgu mengajar adalah masa terakhir. Budak-budak tu dah mengaku sendiri yang mereka terletih amat. Tapi nak kena buat juga. Jadilah izin dalam paksa... dan dengan riak muka yang tak ceria.

Jadi cikgu kenalah faham juga. Jasngan nak ikut mood cikgu aje. Cuba berbincang dengan budak-budak tu, kenapa suruh buat 100 kali benda yang sama pun tak menjadi? Tentu ada sebabnya.

Jangan harap budak-budak tu aje nak kena fahamkan cikgu. Cikgu pun nak kenalah faham juga dengan budak-budak tu. Barulah ada kerjasama yang baik... dan akan membuahkan hasil sebagaimana yang diharapkan.

Apa saja, kalau kena cara dan tindaknya, insya-Allah hasilnya akan sempurna.

Thursday, 16 April 2009

PENGKRITIK TAK FAHAM..?

Bila ada peserta yang menyanyikan lagu yang tidak sesuai dengan suaranya, pengkritik akan berkata; "Lagi ni tak sesuai dengan suara awak. Awak kena pilih lagu yang sesuai dengan suara awak..!"

Pengkritik, terutama pengkritik tetap seharusnya tahu bahawa lagu yang dinyanyikan oleh peserta itu adalah lagu-lagu pilihan tenaga pengajar (Astro).

Ada pengkritik pula bertanya kepada peserta: "Susah tak nyanyi lagu tu..?"

Jawab peserta: "Memang susah."

Maka tambah pengkritik: "Tapi sebagai penyanyi, awak kena bersedia menyanyi apa saja lagu."

Tapi bila peserta nyanyi lagu lama, kata pengkritik pula: "Lagu tu terlalu 'tua' untuk awak... tak sesuai dengan umur awak."

Peserta jadi pening. Sebab pengkritik sebenarnya mengkritik ikut sedap mulut dan selera tersendiri saja. Yang jadi keliru adalah pelajar itu.

Aku lebih suka kalau peserta diberikan peluang memilih lagu pilihan sendiri untuk dinyanyi pada setiap konsert mereka. Kalau ada yang tidak kena, barulah pengkritik boleh membuat teguran lagu yang bagaimana sesuai dengan suara dan kebolehan peserta itu.

Lagipun bila peserta keluar dari AF dan buat album sendiri nanti, tentulah penerbit akan berikan lagu yang sesuai dengan suara dan kebolehan penyanyi itu. Kalau dia tak boleh nyanyi rock takkan nak paksa dia redah juga walaupun lintang pukang kan..?

Bukankah itu lebih adil dan bersesuaian..?

Monday, 13 April 2009

AF7 : APA YANG TAK KENA?

AF7 sudah lima minggu berlalu. Dari segi vokal, ada yang meningkat, ada yg konsisten dan ada yg masih ditakok lama.

Peserta yang ada peningkatan adalah peserta yang sudah ada sedikit kebolehan sebelum menyertai AF. Begitu juga dengan yang konsisten

Tapi bagaimana dengan peserta yg masih ditakok lama? Kenapa jadi begitu? Adakah ini bermakna kegagalan tenaga pengajar?

Tenaga pengajar tidak mampu membentuk kebolehan vokal bagi mereka yang bermula dari kosong. Tenaga pengajar hanya mampu mengajar mereka yang sudah sedia berbakat?

Sebagai tenaga pengajar profesional, mereka sepatutnya sudah mampu membentuk suara-suara tertentu mengikut kemampuan para pelajar. Tetapi kenapa masih tidak berbeza? Apa sebenarnya yang tak kena..?