Thursday 16 April 2009

PENGKRITIK TAK FAHAM..?

Bila ada peserta yang menyanyikan lagu yang tidak sesuai dengan suaranya, pengkritik akan berkata; "Lagi ni tak sesuai dengan suara awak. Awak kena pilih lagu yang sesuai dengan suara awak..!"

Pengkritik, terutama pengkritik tetap seharusnya tahu bahawa lagu yang dinyanyikan oleh peserta itu adalah lagu-lagu pilihan tenaga pengajar (Astro).

Ada pengkritik pula bertanya kepada peserta: "Susah tak nyanyi lagu tu..?"

Jawab peserta: "Memang susah."

Maka tambah pengkritik: "Tapi sebagai penyanyi, awak kena bersedia menyanyi apa saja lagu."

Tapi bila peserta nyanyi lagu lama, kata pengkritik pula: "Lagu tu terlalu 'tua' untuk awak... tak sesuai dengan umur awak."

Peserta jadi pening. Sebab pengkritik sebenarnya mengkritik ikut sedap mulut dan selera tersendiri saja. Yang jadi keliru adalah pelajar itu.

Aku lebih suka kalau peserta diberikan peluang memilih lagu pilihan sendiri untuk dinyanyi pada setiap konsert mereka. Kalau ada yang tidak kena, barulah pengkritik boleh membuat teguran lagu yang bagaimana sesuai dengan suara dan kebolehan peserta itu.

Lagipun bila peserta keluar dari AF dan buat album sendiri nanti, tentulah penerbit akan berikan lagu yang sesuai dengan suara dan kebolehan penyanyi itu. Kalau dia tak boleh nyanyi rock takkan nak paksa dia redah juga walaupun lintang pukang kan..?

Bukankah itu lebih adil dan bersesuaian..?

No comments:

Post a Comment