Thursday 23 April 2009

TUMPANG GLAMOUR BINTANG ORANG LAIN..?

Bintang RTM lebih mampu melahirkan penyanyi2 yang lebih berkualiti berbanding beberapa program pertandingan nyanyian lain yang dianjurkan stesen2 TV tempatan.

Tetapi kelahiran Bintang RTM juga hanya seketika. Selepas itu lenyap tanpa khabar berita.

RTM yang bertanggungjawab melahir bintang2 itu pun mungkin tak ada cara untuk melihat bintang2 itu terus bersinar. Setiap kali di rancangan hiburan atau lain2, RTM lebih suka menghargai bintang2 yang dilahirkan oleh stesen TV lain. Kenapa ya..?

Kenapa RTM tak hargai bintang2 kelahirannya sendiri?. Sebab tak glamour macam bintang2 realiti lain?

Apakah maknanya jika RTM selalu berbangga dengan bintang2 yang dihasilkannya, kononnya dinilai oleh juri2 profesional. Dan dalam forum Fenomeni Seni (RTM) pula beberapa kali dijemput ahli bahas untuk berbincang dengan menghebah-hebahkan rendahnya nilai artis2 yang dilahirkan dari program realiti. Namun dalam masa sama, artis2 dari program realiti itu juga yang kerap memenuhi program hiburan di RTM.

Sepatutnya RTM sediakan satu program hiburan yang memberikan peluang kepada juara2 Bintang RTM serta pemenang2 di tempat kedua dan ketiga mengembangkan terus bakat mereka. Dan jika ada sesuatu program yang memerlukan pengacara, harus juga bintang2 itu dijemput untuk menguji bakat. Sesiapa yang berbakat harus diberi peluang, daripada asyik menumpang populariti artis 'kelahiran' TV lain dengan diberi peluang secara mudah kepada mereka.

Kenapa kita tidak belajar menghargai hak sendiri daripada menumpang glamour hak orang lain yang sering kita tidak menilai cara kemenangan mereka.

Biarlah bikin sebagaimana yang dicakap.

No comments:

Post a Comment